Masjid An-Nur Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Jitra, pada 02 November 2023 telah mengadakan majlis Ceramah Perkongsian Ilmu tentang “Indahnya Sedekah” oleh Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran, Nasyid Qunut Nazilah, Ucapan alu-aluan daripada Dr Wan Fadzli bin Wan Haron Pengarah IPGKDA yang juga Pengerusi Masjid An-Nur IPGKDA serta ceramah “indahnya sedekah” yang disampaikan oleh Puan Mahawa binti Pilus pengerusi Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh. Di akhir majlis tersebut, pihak Pertubuhan Kebajikan Sedekah Subuh berbesar hati menyampaikan sumbangan yang amat bermakna kepada pihak masjid untuk projek membina bumbung baharu berjumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Enam Ribu. Mock Cheqeu telah disampaikan kepada Dr Wan Fadzli bin Wan Haron selaku Pengerusi Masjid An-Nur. Majlis tersebut dihadiri oleh Pensyarah, kakitangan sokongan dan semua pelajar Islam PISMP Ambilan Jun 2021.