Seramai 264 orang pelajar PISMP Ambilan 2021/2025 telah mengikuti program Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 yang dilaksanakan pada 02 – 06 Februari 2025. Program berlangsung selama lima hari dengan aktiviti berbentuk perkongsian ilmu, bengkel dan simulasi yang bersifat hands on telah dijayakan oleh penceramah dan fasilitator daripada Jemaah Nazir Negeri Kedah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Guru Penolong SK Peremba termasuk pensyarah IPGKDA. Slot Bina Insan Sejahtera turut disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Pendidikan, En. Abu Seman bin Mat Karim. Program ini bermatlamat memberikan pendedahan tentang dasar dan program terkini di sekolah kepada siswa guru sebelum Praktikum Fasa 2. Program berakhir pada 06 Februari 2025 dan disempurnakan perasmian penutupannya oleh Pengarah IPGKDA.