AMANAT PENGARAH SEMPENA TAHUN BAHARU 2025

Pengarah IPGKDA, YBrs, Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron dalam ucapan amanat tahun baharu 2025 telah memfokuskan kepada dua elemen penting iaitu peningkatan akauntabiliti dan integriti dalam kalangan warga IPGKDA. Intipati ucapan beliau dapat dirumuskan seperti berikut:

Nilai Akauntabiliti

  • Menepati masa dan komitmen terhadap tugas yang telah diamanahkan;
  • Memastikan pengurusan kelas, penyelidikan dan pentadbiran dilaksanakan secara sistematik dan telus;
  • Bertanggungjawab terhadap penggunaan sumber yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya;
  • Menghormati amanah  dan  memastikan setiap tugasan mempunyai hasil yang boleh diukur dan dinilai.
  • Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, tidak menolak tugas dan melaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam kerjabuat utama seperti pengajaran dan pembelajaran dan praktikum

Memperkukuh Integriti

  • Menghindari segala bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, atau ketidakjujuran;
  • Mengamalkan sikap telus dan terbuka dalam semua urusan, sama ada di peringkat akademik mahupun pentadbiran;
  • Menjadi teladan kepada pelajar dan rakan sekerja dengan memegang teguh prinsip integriti dan nilai moral yang tinggi;
  • Menjalankan tugas  dengan  berani,  tanpa  kompromi terhadap nilai-nilai murni walaupun berdepan tekanan atau cabaran

https://drive.google.com/file/d/1_qEFB-i4tFy0zlPoNZ-ekI9r734bmsQF/view?usp=drive_link

TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH : HALA TUJU & FOKUS PENGURUSAN TAHUN 2025

Timbalan Pengarah IPGKDA, YBrs. Dr. Hjh. Amani binti Dahaman @ Dahlan turut menyampaikan taklimat berhubung hala tuju dan fokus pengurusan tahun 2025. Beliau menyeru semua warga IPGKDA menghayati spirit hijriah untuk tahun 2025 dengan analogi berikut:

  • Memantapkan persaudaraan setiap ahli (Aus & Khazraj) dan Muhajirin & Ansar.
  • Pensyarah baharu diibaratkan seperti kalangan muhajirin yang baru memasuki sistem IPG dipersaudarakan dengan pensyarah lama seperti golongan ansar yang akan membantu saudara mereka yang baharu.
  • Membina masjid Nabawi dan menjadikannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan sosial.
  • Mengimarahkan Masjid an-Nur dan Pusat Ilmu dengan aktiviti sokongan akademik dan tafaqquh, pengukuhan ukhuwwah pasukan dan kemasyarakatan.
  • Menetapkan garis panduan kepada penduduk Madinah (Piagam Madinah) yang menjadi rujukan semua warga dan dipatuhi.

Pengurusan IPGKDA menyediakan 3 garis panduan untuk dijadikan rujukan semua warga iaitu Manual Pengurusan & Takwim Perancangan Tahunan, Panduan Pengoperasian Kampus dan Pendekatan Model GROW Dalam Pengurusan dan Hala Tuju 2025.

Beliau mengharapkan ketiga-tiga buku panduan ini dapat dijadikan rujukan semua warga dalam menguruskan kampus, jabatan dan unit dengan lebih berfokus dan sinergi.

https://drive.google.com/file/d/10kAQyYX9g26_VMFNBJpklFpLCy5MBi6W/view?usp=drive_link

 

Selamat Tahun Baru 2025!
Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih gemilang buat kita semua di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Mari kita terus berusaha, berinovasi, dan bersatu dalam menjayakan agenda pendidikan negara.Bersama-sama fokus dan sinergi.
Selamat maju jaya dan semoga 2025 menjadi tahun penuh keberkatan untuk semua.

BENGKEL PERANCANGAN KURIKULUM (BPK) SEMESTER II SESI 2024/2025

Jabatan Kecemerlangan Akademik telah menganjurkan BPK semester II sesi 2024/2025 mulai 30 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025 melibatkan semua program pengajian yang ditawarkan iaitu PPISMP, PISMP dan PDPP. Agenda BPK yang dilaksanakan ini meliputi Taklimat Akademik, PLC: Pembelajaran Digital, Bengkel Merungkai dan Merangkai HPK (KPPB), Pembinaan JST, Soalan dan Rubrik PB (mengandungi elemen KPPB), Bengkel OPD-KPPB dan Induksi Kursus. BPK dilaksanakan bagi memenuhi keperluan prosedur EOMS PT-03 – Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum sebelum semester baharu bermula. Bengkel dimulakan dengan Amanat Pengarah sempena Tahun Baharu 2025 dan disusuli dengan Taklimat Timbalan Pengarah berhubung Hala Tuju dan Fokus Pengurusan Tahun 2025. BPK sesi pagi hari pertama diakhiri dengan Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Akademik yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Ketua Unit Pengurusan Akademik JKA.