Mesyuarat Jabatan Sains Sosial kali pertama bagi tahun 2025 telah diadakan di Perpustakaan Digital Kedah bersamaan hari Rabu, 22 Januari 2025. Seramai 12 orang pensyarah JSS terlibat dalam mesyuarat tersebut. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Dr. Hjh Khalijah binti Ahmad selaku Ketua Jabatan Sains Sosial yang baru bagi tahun 2025. Mesyuarat ini diadakan bagi menyediakan para pensyarah JSS untuk Semester 2 (Sesi PdP 2024/2025).