- Details
- Hits: 1240
IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah – 3 Mei 2023. Majlis persaraan dan ketipan terakhir kad perakam waktu Pn Haslina binti Japri telah diadakan dengan penuh bermakna dengan kehadiran rakan-rakan Jabatan STEM. Majlis tersebut telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah, Tuan Timbalan Pengarah dan seluruh warga IPGK Darulaman. Selamat Bersara Pn Haslina binti Japri. Khidmat bakti Pn Haslina sepanjang berada dalam Jabatan STEM khususnya sentiasa dikenang dan menjadi inspirasi kepada yang masih bertugas.
- Details
- Hits: 1704
IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah –16 Mac 2023. Program “ Exposing Future Teachers to 21st Century Knowledge and Tools” telah berlangsung dengan jayanya dengan disertai oleh 45 orang guru pelatih IPGK Darulaman dan dibarisi oleh kolaborasi fasilitator dari UUM dan IPGK Darulaman, Dr. Siti Nazuar Binti Sailin, Dr. Rusmawati Binti Othman, En. Muhammad Hibatul Hakimi Bin Yosri, En. Mohd Shahrizad Bin Ghozali dan Pn. Siti Husna Binti Yusuf. Bengkel ini memberi peluang kepada guru pelatih mendapat input serta meneroka sendiri secara hands on berkenaan:
Slot 1: Understanding 21st Century Learning Skills
Slot 2: Incorporating C,s Teaching & Learning
Slot 3: 21st Century Learning Tools
Pihak IPGK Darulaman khususnya Jabatan STEM selaku urusetia program ini mengalu-alukan kolaborasi seumpama ini supaya perkongsian pengalaman dan kemahiran dapat dibudayakan. Pihak IPGK Darulaman mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sekolah Siswazah Awang Had Salleh, Universiti Utara Malaysia atas kerjasama intelektual ini.
- Details
- Hits: 6096
IPG Kampus Kota Bharu, Pengkalan Chepa Kelantan –11-14 Februari. IPGK Darulaman telah menghantar dua pasukan untuk pertandingan robotik, THE GARDEN ROBOT (FEC' 23). Dalam pertandingan ini peserta perlu memprogramkan robot agar melakukan misi yang ditetapkan oleh penganjur iaitu memotong rumput tinggi, meletakkan badweeb pada tempatnya, menolak lady bugs tanpa menjatuhkan pagar, menekan check point dan akhirnya robot kembali pada petak permulaan. Pelajar berupaya mengatasi cabaran ini dengan penggunaan motor untuk menggerakkan tayar dan menggerakkan tangan robot. Manipulasi sensor untuk mengesan jalan, badweeb, high grass dan lady bugs serta menyelaraskan pergerakan robot semasa belok. Pertandingan sebegini mantap dibudayakan di IPGK Darulaman melalui perkongsian dan demonstrasi semasa aktiviti kelab Duta STEM-CT-Robotik yang diadakan pada hari Khamis slot pemantapan pembangunan insaniah guru pelatih.
Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Ts. Dr. Ros Eliana binti Ahmad Zuki dan En. Mohd Sahafudin bin Zakaria dari unit RBT, Jabatan STEM. Pelajar yang terlibat adalah :
Kumpulan 1
Nor Jauhari Firdaus Bin Nor Katini (PISMP JUN 2020/BM)
Muhamad Kashfi Bin Amri (PISMP JUN 2020/BNK)
Ahmad Saifullah Bin Mohamad Zamri (PISMP JUN 2020/SJH)
Kumpulan 2
Deepan A/L Krishnasamy (PISMP JUN 2020/SJH)
Subasan A/L Vezhaventhan (PISMP JUN 2020/BNK)
LINGESSRAO A/L SEEMMATHERI (PISMP JUN 2023/SJH)
- Details
- Hits: 975
IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah – 09-10 Mac 2023. Jabatan STEM IPGK Darulaman telah menganjurkan Bengkel Aplikasi Mikrobit kepada 48 orang pelajar elektif RBT ambilan Jun 2021 yang akan mengikuti amalan profesional praktikum pada Ogos 2023 nanti. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan hands on dan perkongsian ilmu berkaitan topik pengaturcaraan microbit dalam silibus RBT di sekolah rendah. Topik pengaturcaraan microbit ini merupakan topik baru dalam DSKP KSSR RBT (Semakan 2021). Selama dua hari bengkel, peserta diberi input tentang fungsi mikrobit melalui alat mikrobit yang dibekalkan. Peserta mencuba pelbagai pengaturcaraan dengan bimbingan penceramah dan fasilitator. Guru pelatih diberi peluang merangka dan mengaturcara robot pengesan gegaran gempa bumi. Hasil pembentangan pengaturcaraan robot mini mempamerkan guru pelatih telah mencapai objektif bengkel ini iaitu memantapkan pengetahuan pelajar RBT IPGKDA tentang aplikasi microbit, khasnya sebagai persediaan kepada pelajar untuk mengajar topik ini semasa menjalani praktikum. Setinggi penghargaan kepada jurulatih utama En. Mohd Sahafudin bin Zakaria dan Ts. Dr. Ros Eliana binti Ahmad Zuki dari unit RBT, pegawai pengurusan dari unit praktikum, Pn. Nuruliswa binti Abdullah dan pensyarah Jabatan STEM lain yang membantu.
- Details
- Hits: 1262
IPGK Darulaman, Jitra – 9 Februari 2023 (Khamis). Satu permulaan yang baik tahun 2023 bagi Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai mengangkat Motto JSTEM, Menjana Kemenjadian Guru Kreatif dan Inovatif melalui STEM. Bengkel ini berjaya memberi kemahiran menonjolkan kekuatan produk dalam penghasilan poster dan video pertandingan kepada pelajar dengan sokongan pensyarah STEM Dr. Rusmawati binti Othman, Hjh. Saruvari binti Badru Duja Khan, Dr. Sumaiyah binti Abd Rahman, Hj. Dzulfazli bin Othman, Ts. Dr. Ros Eliana binti Ahmad Zuki, En. Mohd Sahafudin bin Zakaria, Dr. Vimala a/p Muniandy, Pn. Suhartina binti Md Yusop, Dr. Muhammad Fariduddin bin Wajdi Anthony, Dr. Nur Hazwani binti Zakaria dan Pn. Hazita binti Mohd Hassan. Bengkel ini adalah kelangsungan dari aktiviti penilaian produk akhir dan penambahbaikan inovasi pelajar Peneraju untuk Pertandingan Yayasan Peneraju STEM Challenge 2022/2023 pada tarikh 12 Januari 2023. Sesi mentoring ini bertempat di Bilik Permata, Pusat Sumber IPGKDa.
Page 1 of 3