Utama
TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN
- Details
- Hits: 49
TAHNIAH DAN SELAMAT MAJU JAYA
Seluruh warga IPG Kampus Darulaman ingin merakamkan ucapan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Dr. Mohd 12:39:25Azam Bin Ahmad atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme) di Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semoga pelantikan ini membawa kejayaan yang berterusan dalam memartabatkan sektor pendidikan negara, khususnya dalam pembangunan profesionalisme. Kami mendoakan agar amanah ini dapat dilaksanakan dengan cemerlang dan terus memberikan impak besar kepada sistem pendidikan Malaysia.
Sekali lagi, tahniah daripada:
Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Wan Fadzli Bin Wan Haron
Pengarah IPG Kampus Darulaman
Dr. Hjh. Amani Binti Dahaman @ Dahlan
Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman
dan seluruh warga kampus IPG Kampus Darulaman.
#bersamasamafokusdansinergi
#ipgkampusdarulaman
#sinarilmudiutara
Bengkel Pengurusan CDL Jabatan Kecemerlangan Akademik
- Details
- Hits: 1022
|5 Januari 2025|
Jabatan Kecemerlangan Akademik menganjurkan Bengkel Pengurusan CDL bertujuan mendedahkan proses kerja penyediaan CDL yang mensasarkan pensyarah baharu (ambilan 2024). Bengkel dilaksanakan pada 15 Januari 2025 (Rabu) di Pusat Sumber dibimbing oleh Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan, Hjh. Zubaidah Mat Nor dengan dibantu oleh Penolong Ketua Unit Penambahbaikan Berterusan, Dr. Wan Nornajmiwati Wan Ab Rahman dan Penyelaras CDL, Ustaz Mohd Hafizuddin Ismail.
PROGRAM BICARA EKSEKUTIF 2025
- Details
- Hits: 648
LAWATAN KERJA DAN AMANAT REKTOR TAHUN 2025
- Details
- Hits: 970
Pada 12 Januari 2025, satu sesi lawatan kerja dan penyampaian amanat oleh Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Y. Brs Dr. Mohd. Azam bin Ahmad, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA). Acara ini dihadiri oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman serta barisan Ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG kampus Darulaman.
Agenda Lawatan Kerja:
- Pengarah IPGKDA memulakan sesi dengan memberikan taklimat menyeluruh tentang pencapaian terkini kampus, cabaran yang dihadapi, dan perancangan masa hadapan.
- Beberapa isu strategik turut dibincangkan, termasuk inovasi dalam pengajaran, pembangunan profesional, serta keberkesanan program latihan guru.
- Rektor IPGM meluangkan masa melawat beberapa lokasi penting di kampus, termasuk perpustakaan, pusat sumber pembelajaran dan kafetaria.
- Penekanan diberikan kepada keperluan untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran bagi menyokong kecemerlangan akademik dan penyelidikan.
Amanat Rektor IPGM:
Rektor menyampaikan amanat yang menekankan beberapa perkara utama:
- Peningkatan Kualiti Pendidikan Guru:
- Rektor menyeru semua pihak untuk terus memperkukuh komitmen terhadap kecemerlangan pendidikan dengan mengintegrasikan teknologi terkini dan pendekatan pengajaran inovatif di samping menyemarakkan nyala rasa siswa guru di IPGK.
- Kepemimpinan dan Profesionalisme:
- Beliau menekankan pentingnya kepemimpinan proaktif dalam kalangan pensyarah untuk membimbing bakal guru yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.
- Penyelidikan dan Pembangunan:
- Amanat turut menyentuh keperluan meningkatkan budaya penyelidikan di IPGM sebagai salah satu tonggak untuk memperkukuh nama institusi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sesi lawatan kerja dan amanat ini diharapkab dapat memperkukuh hubungan antara Rektor dengan warga IPGKDA serta memperjelas visi dan misi IPGM bagi tahun-tahun akan datang. Semua pihak bertekad untuk menjadikan IPGM sebagai institusi peneraju dalam pendidikan guru di Malaysia. Lawatan ini juga mencerminkan komitmen IPGM terhadap pembangunan berterusan dalam pendidikan dan latihan guru.
#bersamasamafokusdansinergi
#sinarilmudiutara
#ipgm
#ipgkampusdarulaman
Page 1 of 5