Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
‘Ke Arah Melestari Kecemerlangan’
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) merupakan jabatan yang menawarkan kursus-kursus berkaitan pengajian Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Jabatan ini diterajui oleh seorang Ketua Jabatan dan dibantu oleh empat ketua unit utama, iaitu Unit Pendidikan Islam, Unit Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Unit Pendidikan Moral dan Unit Penyelidikan. Keempat-empat unit ini mendokong tonggak kelestarian institut dalam merealisasikan visi dan misi jabatan khususnya dan IPG umumnya. JPIM mempunyai kepakaran yang tinggi dalam mengendali dan menganjurkan program ilmu yang memberi penghayatan mendalam terhadap Pendidikan Islam. Program-program ilmu yang menjadi kebitaraan JPIM antaranya Kuliah tahsin al-Quran, Bengkel Qiraat dan Tarannum, Tazkiyah al-Nafs, Daurah al-Kitab, Kuliah Maghrib serta program lain berkaitan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam di peringkat jabatan, institut dan IPGM. Sehingga Januari 2023, terdapat tiga program yang dikendalikan JPIM iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pergururan (PPISMP) Pendidikan Islam, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Pendidikan Islam dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) Pendidikan Islam SR & SM serta Tahfiz.
Terkini Jabatan/Unit
-
March 2025
- TAKLIMAT DAN PEMILIHAN KURSUS ELEKTIF (PILIHAN) PPISMP SEMESTER III SESI 2024/2025 (JUN - JULAI 2025)
- BENGKEL PENGURUSAN AKADEMIK & PENTAKSIRAN PENSYARAH BAHARU (MAC 2025)
- STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 2): PENGURUSAN RUJUKAN (MENDELEY)
- BICARA@MUZIUM : ZAMAN PRA SEJARAH JEJAK AWAL PERADABAN DI LEMBAH BUJANG
- EKSPLORASI SENI LANDSKAP TEMPATAN
- WACANA ILMU: PENDEKATAN HOLISTIK DALAM KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
- MESYUARAT JABATAN SAINS SOSIAL BIL. 1 TAHUN 2025
- PLC JABATAN SAINS SOSIAL BIL. 1 TAHUN 2025
- SELAMAT MAJU JAYA DR. AHAMAD JAMA' AMIN BIN YANG
-
February 2025
- MESYUARAT JAWATANKUASA ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR BIL. 1 TAHUN 2025
- BENGKEL PEMANTAPAN PROFESIONALISME PEMERIKSA DALAM
- LAWATAN PROFESIONALISME MEDIA DAN INOVASI PKG TUNJANG
- PLC: PENYELIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN "ONE PAGE MODEL PROPOSAL"
- STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 1): ASAS PENYELIDIKAN
- PROGRAM BINA INSAN SEJAHTERA KPM