Eksplorasi Seni Landskap Tempatan telah diadakan di UITM Cawangan Kedah, Merbok pada 13 Februari 2025 anjuran Unit Pendidikan Seni Visual, Jabatan Sains Sosial. Seramai 19 orang pelajar PISMP PSV Ambilan Ogos 2023 bersama 5 orang pensyarah PSV telah terlibat dalam menjayakan program ini. Melalui program ini, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai maklumat dalam penghasilan karya seni tradisional dan seni kontemporari. Diharapkan melalui aktiviti seperti ini, pelajar dapat memperkayakan ilmu pengetahuan mereka dan juga akan mengadakan jaringan lagi bersama pihak UITM pada masa akan datang.