IPGKDA–7 Februari 2021 (Ahad), fasilitator STEM-CT-ROBOTIK IPGKDA telah bermesyuarat (Google Meet) untuk pelarasan aktiviti dan pemantapan kemahiran CPD tahun 2021. Sasaran aktiviti, antaranya adalah pemantapan kemahiran jurulatih sendiri sebagai “21st Century Learners” dan pada masa yang sama menyumbang kepada IPG dan pelajar dalam aktiviti CPD, Inovasi dan penyelidikan. Jalinan dan jaringan kerjasama STEM-CT-ROBOTIK IPGKDA dengan institusi pendidikan lain juga akan diwar-warkan. Antara aktiviti yang telah diusahakan tahun 2021 adalah penyertaan enam pasukan kumpulan pelajar dalam penulisan esei bertemakan “How To Rebuild A Better World Post Covid-19” dalam Young Inventors Journal. Dibimbing oleh Dr Rusmawati dan Ts. Dr. Aizul Fared. Untuk robotik, En. Tajul Ashikin dan En. Mohd Sahafudin sedang melatih dua pasukan pelajar untuk Pertandingan Inovasi Robotik Norma Baharu Peringkat Kebangsaan 2021. Pasukan STEM-CT-ROBOTIK juga bersama-sama Program Transformasi Pendidikan memberi input “Pengenalan STEM dan Aplikasi CT dalam Penganjuran Karnival STEM di sekolah” kepada pelajar semester 6 yang akan menjalani praktikum.
Fasilitator STEM-CT-ROBOTIK IPGKDA dibarisi oleh Dr Rusmawati Binti Othman, En. Dzulfazli Bin Othman, Pn Hjh. Saruvari Binti Badru Duja Khan, Dr. Hashiroh Binti Hussain, En. Tajul Ashikin Bin Hashim, Ts. Dr. Aizul Fared Bin Mansor, Dr. Ang Chai Tin, Pn.Suhartina Bt. Md. Yusop, En. Mohd Sahafudin Bin Zakaria, En. Zainal Abidin Bin Saad, En. Abdul Satar Bin Hamzah, Pn. Haslina Binti Japri, En. Mohd Hafni Bin Abd. Halim, En. Mohd Shahrizad Bin Ghozali dan Pn. Noorazura Binti Mohd Makhtar.