Pada 2 Januari 2025, Jabatan Sains Sosial telah kehilangan sebutir lagi permata iaitu Dr. Ahamad Jama' Amin bin Yang selaku Ketua Jabatan Sains Sosial (2023-2024). Beliau juga yang merupakan pensyarah Sejarah yang telah menerima surat pertukaran secara rasmi ke Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. Semoga beliau akan terus cemerlang dan menyinar walau di mana beliau berada. Tahniah diucapkan!