SELAMAT BERTUGAS PEGAWAI JHEP YANG BAHARU

Bermula 1 Januari 2022, terdapat beberapa pertukaran Ketua Unit di Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKDA. Seluruh warga JHEP mengucapkan selamat bertugas kepada :

  1. En. Yusainy bin Azizan (Ketua Unit Rekod, Data dan Alumni) yang juga bertugas sebagai Ketua Unit Kanan JHEP.
  2. En. Mohd Azman bin Basirun (Ketua Unit Pembangunan Insaniah) yang menggantikan Ustazah Che Nazrah binti Yusuf yang telah bersara pada 22 November 2021.
  3. Ustaz Muhammad Sayuti bin Abdul Shukor (Ketua Unit Disiplin & Kebajikan) yang menggantikan En. Mohd Yazi bin Kerya.

Semoga tuan-tuan dapat menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan cemerlang bagi membangunkan pelajar berjiwa glokal berminda global.