TAHNIAH GRADUAN IPG KAMPUS DARULAMAN SEMPENA KONVOKESYEN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA TAHUN 2021

Pada 20 – 22 Disember 2021 yang lalu, telah berlangsung Majlis Konvokesyen IPGM tahun 2021 secara dalam talian. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada graduan IPGKDA yang telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan jayanya. Salah seorang graduan dari institut ini iaitu Saudari Haifa Nazeha bt Ku Othman (PISMP Bahasa Arab) telah merangkul Anugerah Cemerlang Praktikum dalam majlis tersebut. Tahniah!

#ipgkdasinarilmudiutara
#ipgkda_dinamik & kompetitif