FUNGSI

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1.0 Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk kerja-kerja tadbir urus perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan, keselamatan dan pembangunan insan pelajar. Ini untuk memastikan bakal guru yang dilahirkan mempunyai sikap dan sahsiah positif sesuai dengan profesion keguruan. Jabatan ini mempunyai lima unit utama dan diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan. Unit-unit tersebut ialah Unit Kebajikan dan Keselamatan Pelajar, Unit Disiplin dan Tatatertib, Unit Data dan Rekod, Unit Pengembangan dan Kepimpinan Pelajar dan Unit Kediaman Pelajar. Jabatan ini dibantu oleh dua orang pegawai pengurusan dan empat orang staf sokongan.

 

2.0 Fungsi Jabatan

2.1 Melaksanakan dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar.

2.2 Mengumpul, menyalurkan dan membekalkan maklumat antara pihak         pelajar,pensyarah, pentadbir Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengurusan Rekod dan Data dan Statistik Pelajar serta mengemas kini dari semasa ke semasa.

2.4 Memberi latihan asas dalam aspek penyuburan diri, kepimpinan dan pengurusan.

2.5 Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan pelajar.

2.6 Meningkatkan sahsiah dan disiplin keguruan pelajar.

2.7 Mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar asrama dan luar asrama.