Taklimat Tapisan Keselamatan (e-vetting) Pelajar Semester 7

22 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

Taklimat tapisan keselamatan atau lebih dikenali sebagai e-vetting khas untuk pelajar yang akan tamat pengajian telah diadakan seperti makluman berikut: Tarikh : 22 Julai 2018 (Ahad) Masa : 4.00ptg Tempat : Dewan Zaaba, IPGKDA Seramai 111 pelajar semester 7 IPGKDA terlibat dengan taklimat ini yang telah disampaikan oleh Pn Zetty Akhmar.    

Program Pelayaran Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera 2018

22 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

  Intitut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dengan kerjasama Tentera Laut Diraja Tunas Samudera 2018 telah mengadakan Program Pra Pelayaran Kapal Layar Diraja Tunas Samudera 2018 seperti makluman berikut : Tarikh Pra Pelayaran : 13 – 16 julai 2018 Tarikh Pelayaran : 16 – 25 Julai 2018 Seramai 2 orang telah terpilih mewakili IPGKDA iaitu saudara Muhamad Fudzail Aslah bin Fadzili dan saudari Chew Kah Wui untuk menyertai program ini.  

Larian MyKibar/Half Marathon Alor Setar 2018

22 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

Larian MyKibar/Half Marathon Alor Setar 2018 Larian bermula dari Menara Alor Setar/Aman Central. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan. 1. Kategori 21km pelepasan jam 5pg. 2. Kategori 10km pelepasan jam 7pg. 3. Kategori 5km pelepasan jam 5pg. Oleh itu, 30 sukarelawan yg terdiri drp 6 lelaki dan 24 perempuan dalam kalangan pelajar PPISMP dan PISMP IPGKDA membantu dalam pelbagai tugasan seperti Pendaftaran, Pelepsan Peserta untuk semua kategori, Check Point, dan Penamat. Bermula jam 12.45 pg berkumpul di hadapan P2 dan bergerak jam 1am. Sesampai di lokasi di Aman Central, Alor Setar mereka diberi taklimat oleh Kapt. Mohan dan En Zulkifli sebagai Technical Officer (TO). Mereka juga dihidangkan nasi lemak dan mineral water sebagai supper. Selesai taklimat sukarelawan diagihkan mengikut lokasi tugas.  

Taklimat Konsep dan Instrumen KSG

12 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

Taklimat Konsep dan Instrumen KSG kpd semua mentor dan mentee Semester 7 bertempat di Dewan Zaaba jam 2:30 petang pd 12/7/2018 (Khamis).  Anjuran Unit Jaminan Kualiti & Keutuhan IPGM oleh Penyelaras SGM dan Penyelaras Mentor IPGKDA.  

Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu PDPLI PPC dan Calon Gantian PPISMP ambilan Jun 2018

9 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu PDPLI PPC ambilan Jun 2018 dilaksanakan serentak dengan Program Pendaftaran dan Pengurusan Pelajar Baharu calon gantian PPISMP ambilan Jun 2018 di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKDA. Seramai 18 pelajar baharu PDPLI PPC dan seramai 24 pelajar baharu PPISMP ambilan Jun 2018 telah melapor diri. Taklimat perjalananan program selama 2 hari dilaksanakan di Dewan Zaa’aba, IPGKDA.    

Walk Stop Talk 6 Hour: Quater Million Messages 2018.

8 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah berjaya mencipta sejarah pada hari dengan mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records: Most Number of Educational Anti Corruption Pamphlet Distributed Simultenously 2018 dengan pencapaian sebanyak 212,919 risalah diedarkan di 279 lokasi seluruh Malaysia dalam tempoh 6 jam. Pengiktirafan ini telah diserahkan kepada YBhg. Dato’ Sri Mohd Shukri Bin Abdull- Ketua Pesuruhjaya SPRM oleh pihak Malaysia Book of Records dan disaksikan oleh YAB. Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail- Timbalan Perdana Menteri Malaysia. IPGKDA telah ditugaskan di kawasan terminal KTM bahagian Utara laluan Padang Besar ke Butterworth.  

Program Persidangan Meja Bulat JPP

8 July, 2018 JHEP IPGKDA 0

  Program persidangan meja bulat JPP telah diadakan di Sabah pada 3 – 7 Julai 2018. Antara tempat yang dilawati IPGK Kent, Muzium negeri Sabah, Pualau Manukan dan kawasan sekitar Kundasang.