HAFIZAH IPGKDA DINOBATKAN JOHAN HAFAZAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2022

Setinggi ucapan tahniah dan syabas kepada Saudari Nurul Husna binti Abdul Aziz yang merupakan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman yang telah merangkul gelaran johan bagi hafazan kategori 1-20 Juzuk pada Musabaqah Alquran & Hafazan Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung pada 17 Jun yang lalu. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar merakamkan ucapan penghargaan dan tahniah atas kejayaan ini. Semoga terus cemerlang dan mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.