Majlis Penyampaian Watikah JPP Sesi 2021/2022

Pada tanggal 7 April 2021, telah berlangsung Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Pewakilan Pelajar (JPP) Sesi 2021/2022 di Dewan Besar IPG Kampus Darulaman. YM Tengku Adli bin Raja Omar, Timbalan Rektor Pusat Hal Ehwal Pelajar telah sudi hadir menyempurnakan majlis berkenaan. Seramai 7 orang Ahli Majlis Tertinggi (AMT) dan 20 orang Ahli Majlis Mesyuarat (AMM) telah menerima watikah masing-masing serta mengangkat sumpah jawatan. Turut hadir ialah Pn. Aldrina @ Mimi O.P. Andu, Pengarah Pejabat Pilihanraya Negeri Kedah.

YM Tengku Adli bin Raja Omar turut sudi merasmikan Dusun Pemimpin IPG Kampus Darulaman. Dusun ini adalah untuk menyahut Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok. Turut diadakan ialah majlis meraikan persaraan beliau yang akan bercuti daripada perkhidmatan lebih awal sebelum bersara wajib pada bulan Julai 2021.

Barisan Intelektual IPGKDA menjadi saksi menandatangani watikah
Timbalan Rektor sedang menyampaikan sijil watikah.
Barisan JPP Sesi 2021/2022
Pengarah mengiringi Timbalan Rektor ke Dusun Pemimpin.
YM Tengku Adli menandatangani papan tanda Dusun Pemimpin
Dusun ini menyahut kempen 100 juta pokok dalam Program Penghijauan Malaysia
Meraikan persaraan YM Tengku Adli bin Raja Omar