PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI SISWA IPGKDA DI PONDOK USTAZ SOMAD, KG. PULAU CHAPA, KEDAH

Program 1 SRN, 1 Komuniti, 1 Kasih Sayang telah dijalankan di Pondok Ustaz Somad Kg. Pulau Chapa,Kedah pada 20 Mac 2021. Seramai 45 orang pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) terdiri daripada kumpulan Pendidikan Islam dan TESL menyertai program khidmat komuniti ini. Program berkenaan melengkapkan diri siswa IPG dengan budaya untuk berkhidmat kepada komuniti sekeliling dengan ikhlas dan bertanggungjawab seterusnya memenuhi kehendak 8K sebelum siswa -siswa ini bergraduat. Penghuni Rumah Titian Kasih, Kuala Nerang turut mengikuti program berkenaan.