Kesiapsiagaan Pembukaan Semester Ogos 2020

Semester Ogos 2020 akan dibuka pada 23 Ogos 2020. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 telah membenarkan lebih banyak aktiviti dilakukan. Antaranya ialah pembukaan semula IPG bagi memulakan semester pengajian bagi tempoh Ogos hingga Disember 2020. Sejak negara diisytiharkan PKP, masyarakat terpakasa berhadapan dengan norma baharu dalam akativiti seharian mereka. Warga kampus juga tidak terlepas daripada pengamalan norma baharu. Persiapan perlu dilakukan segera bagi membolehkan pelajar kembali ke kampus untuk mengikuti pembelajaran bersemuka samada dalam bentuk kuliah, amali atau makmal. 30 Ogos ialah tarikh akhir yang ditetapkan oleh IPGM bagi semua kampus dilengkapkan dengan semua bentuk tanda arah, tanda penjarakan fizikal, notis-notis amaran dan sebagainya berpandukan kepada peraturan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak MKN, KKM dan IPGM.

PEMANTAUAN OLEH TIMBALAN REKTOR KANAN IPGM DI PUSAT SUMBER INSTITUT
PENYEMAKAN DOKUMEN OLEH PEGAWAI PEMANTAU IPGM
MESYUARAT BERSAMA-SAMA PEGAWAI AGENSI PENGUATKUASA PKP MKN, KKM BOMBA DAN PENYELAMAT SERTA POLIS DIRAJA MALAYSIA
JPP MEMBANTU KERJA-KERJA MELENGKAPKAN TANDA ARAH DAN TANDA PENJARAKAN FIZIKAL