Kursus Kepimpinan JPP

Seramai 27 orang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) telah mengikuti Kursus Kepimpinan yang dianjurkan oleh Unit Pembangunan Insaniah, jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Darulaman.

Kursus pada 16, 17 dan 18 Ogos 2020 itu telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Bunga Raya (Senat) IPG Kampus Darulaman. Antara pengisian kursus ialah Pembinaan Jati Diri Pemimpin, Membina Karisma Kepemimpinan dan Pengurusan Aktivi Pelajar di IPG.

Turut diadakan ialah Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JPP yang tertangguh sejak bulan Mac yang lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)