- Details
- Hits: 4420
Pada 24 Julai 2024 Jabatan Bahasa Arab telah melaksanankan program Sekolah Pengajar di Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Jitra, Kedah. Program ini dijalankan selama satu hari menggunakan l Adaptasi Modul PARE.
- Details
- Hits: 7664
Pada 7 Jun hingga 23 Jun 2024, satu program pertukaran pelajar telah dijalankan antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang. Program ini melibatkan seramai 20 orang pelajar PISMP ambilan Jun 2021/2026 dari kedua-dua kampus. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar untuk mengikuti Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 2 di sekolah-sekolah sekitar Sarawak dan Kedah. Melalui program ini, pelajar dapat menimba pengalaman berharga dalam suasana pembelajaran yang berbeza serta memahami budaya dan kaedah pengajaran yang berbeza di kedua-dua negeri.
Program pertukaran pelajar antara IPG Kampus Darulaman dan IPG Kampus Batu Lintang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Program ini tidak hanya memperkaya pengalaman akademik pelajar, tetapi juga mengeratkan hubungan antara kedua-dua institusi pendidikan guru ini. Diharapkan program seperti ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan untuk manfaat yang lebih besar kepada pelajar dan institusi.
Gambar-gambar aktiviti lanjut boleh diikuti di Laman Facebook Rasmi IPG KAmpus Darulaman
- Details
- Hits: 6320
Tahniah diucapkan kepada AHMAD ABID BIN MOHD RADZI pelajar PPISMP ambilan Jun 2023 kerana telah mengharumkan nama IPGM KAMPUS DARULAMAN. Beliau telah dinobatkan selaku JOHAN hafazan kategori 1-30 juzuk dan tafsir di dalam MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QUR'AN PERINGKAT INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI 2024 bertempat di UNISZA pada 9-13 jun 2024.
- Details
- Hits: 7179
Pengarah dan Timbalan Pengarah serta seluruh warga kampus mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar beragama Islam dan juga seluruh umat Islam. Semoga kita semua diberkati dengan keberanian dan keikhlasan Nabi Ibrahim A.S. dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan. Mari kita raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.
- Details
- Hits: 7165
Bengkel ini diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2024 bertempat di Hotel Langkasuka, Kuah Langkawi. Merupakan satu program kolaborasi antara tiga jabatan iaitu Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM) dan Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) bagi tahun 2024 . Dilaksanakan untuk pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (KDC) Ambilan Oktober 2023 dan pelajar Program Diploma Perguruan (PDP) (KDC) Ambilan Oktober 2022.
Bengkel ini bertujuan mendedahkan peserta tentang kandungan kurikulum dan pentaksiran yang akan disesuaikan dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran mengikut format IPG untuk digunakan semasa praktikum. Bengkel turut memfokuskan terhadap penggunaan DSKP dalam perancangan PdP dan pentaksiran bilik darjah serta amalan baik PdP seperti inovasi dan lain-lain.
Adalah menjadi menjadi keperluan untuk para pelajar tersebut memahami cara merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digunapakai di sekolah untuk diterjemahkan dalam amali praktikum selaras dengan tuntutan kurikulum dan keperluan pedadogi semasa.
Subcategories
Page 5 of 39