Lawatan Penilaian Akreditasi Penuh Malaysian Qualification Agency (MQA) bagi Program Diploma Perguruan Pendidikan Islam (MQA/FA 17895) telah berlangsung pada 19-20 Ogos 2024 hari Isnin dan Selasa di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Ahli Panel Penilai yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Zetty Nurzuliana binti Rashed dan Dr. Abu Zarrin bin Selamat serta Pegawai MQA bertugas En. Mohd Fairuz bin Abu Samah. Antara aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan semasa lawatan adalah seperti mesyuarat penyelarasan antara Pegawai MQA dan Ahli Panel Penilai (APP), taklimat latar belakang program oleh Ketua Program iaitu Ketua Jabatan dari Jabatan Pendidikan Islam & Moral (JPIM) serta sesi pembuktian pematuhan terhadap syarat-syarat akreditasi. Tahniah diucapkan kepada Pengarah, Timbalan Pengarah, SU SJKPP, KJ JKA, Penyelaras MQA, Pemegang Program PDP Pendidikan Islam - KJ JPIM, semua KJ/KU, AJK dan urusetia program serta semua pensyarah yang terlibat semasa penyediaan dan pelaksanaan penilaian MQA kali ini. Terima kasih atas komitmen, fokus dan sinergi yang tinggi.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron atas penerimaan watikah dan pemakaian pangkat Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam, serta tahniah juga kepada En. Musaidi Mustaffa atas pemakaian pangkat Leftenan Kolonel Pertahanan Awam, dan Encik Ikhwan atas penerimaan watikah Mejar Bersekutu Pertahanan Awam. Semoga kejayaan ini membawa lebih banyak kecemerlangan di bumi IPG Kampus Darulaman.

Tahniah diucapkan kepada para pensyarah atas pelantikan ke jawatan baharu. Seluruh warga IPGK Darulaman, bersama Tuan Pengarah dan juga Timbalan Pengarah amat berbesar hati dengan perlantikan ini. Kami yakin bahawa dengan pelantikan ini, tuan-tuan dan puan-puan akan terus membawa perubahan positif dan kecemerlangan dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Selamat maju jaya dan semoga sukses dalam setiap langkah yang diambil. Tahniah sekali lagi dari kami semua di IPGK Darulaman

Bengkel Penyelarasan Aktiviti Penghayatan Hadith 40 Imam Nawawi telah diadakan pada 8 Ogos 2024 di Dewan Budaya, Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara. Seramai 29 orang peserta telah mengambil bahagian. 4 orang fasilitator telah terlibat bagi melicinkan perjalanan aktiviti penghayatan hadith 40 Imam Nawawi iaitu Ustaz Mohd Zakir bin Majid, Ustaz Dr Mohd Zaini bin Mohd Zain, Ustaz Asyraf bin Abd Ghani dan Ustaz Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi menghayati hadis 40 Imam Nawawi. Penyelaras bertugas ialah En. Ahmad Hilmi bin Ahmad Zohdi.