Program Perkongsian Bermakna AKRAB IPGKDA dan IPGK PULAU PINANG.
Tarikh : 12 November 2024
Tempat : IPGK Pulau Pinang
Memberi input yang sangat berguna dan membuka ruang serta peluang untuk jaringan kolaborasi program di masa akan datang. Tahniah semua yang hadir dan menjayakannya.
 
 

Bengkel Penulisan Kajian Literatur dan Pengaplikasian Turnitin dalam Penulisan Ilmiah dihadiri oleh 50 orang pensyarah yang merupakan pensyarah pembimbing Penyelidikan dalam Pendidikan bagi pelajar PISMP Ambilan Ogos 2024 bertempat di Bilik Permata, PSI. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Dr Hjh Amani Binti Dahaman@Dahlan Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman.
Bengkel dimulakan dengan sesi perkongsian penggunaan turnitin dan mendeley oleh Pustakawan Perpustakaan Sultanah Bahiyah Pn Suriani Bt Muhamad dan Pn Fadzilah Binti Hussin.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-67!
Seluruh warga IPG Kampus Darulaman dengan penuh rasa bangga mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-67 kepada seluruh rakyat Malaysia. Dalam semangat kemerdekaan ini, marilah kita bersama-sama menghargai perjuangan para pejuang kemerdekaan dan terus menyemarakkan semangat patriotisme.
Untuk semua siswa-siswi guru, kita semua mempunyai tanggungjawab besar untuk membentuk generasi masa depan yang cintakan negara, bersatu padu, dan berjiwa merdeka. Semoga Hari Kebangsaan kali ini membawa lebih banyak keharmonian dan kemakmuran buat tanah air kita yang tercinta.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Pada 3 Julai 2024 yang lalu, Jabatan Pendidikan Khas IPGKDA telah melaksanakan Program Teaching School yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di SK Seri Muda. Program ini disertai oleh 8 orang pelajar dan empat orang pensyarah pengiring. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membantu sekolah-sekolah rendah mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk penggunaan teknik dan strategi pengajaran yang lebih efektif dan inovatif.

Penyelaras PPKI iaitu Cikgu Firdaus menyambut kedatangan kami dan telah memberikan ucapan tentang Program Teaching School di makmal sekolah. Seterusnya, Ketua Jabatan JPK iaitu Dr Shamsul dan Timbalan Ketua Jabatan Puan Harlina juga memberi ucapan mereka untuk memulakan Program Teaching School. Puan Harlina menerangkan dengan jelas tentang matlamat program tersebut supaya dapat memberi gambaran tentang  buku bacaan bergred dibina bertujuan untuk mengajar murid PPKI tentang perkataan KVKV, KVKVK, KVKVKV dan KVKKVK. Tambahan pula, bacaan buku bergred tersebut dapat mengukuhkan ingatan murid dan memastikan murid dapat menguasai kemahiran mengeja serta menulis. 

Slot yang seterusnya iaitu melaksanakan sesi pengajaran dengan menggunakan buku bacaan bergred kepada murid PPKI. Sesi pengajaran tersebut adalah untuk mengaplikasikan buku bacaan bergred yang dibina dan guru dapat mengetahui sama ada buku bacaan bergred tersebut adalah berkesan atau tidak. Guru mengajar perkataan dengan cara minta murid membaca dan menulis perkataan tersebut berulang-ulang kali. Murid berjaya belajar dan ingat perkataan baharu yang diajar melalui buku bacaan bergred.

Program Teaching School dianggap berkesan kerana guru pelatih dapat menimba ilmu dan meluaskan pengetahuan. Bukan itu sahaja, murid PPKI dapat belajar perkataan baharu melalui buku bacaan bergred. Program Teaching School sangat berhasil dan kami berharap lebih banyak program yang berfaedah dapat diadakan untuk membantu murid PPKI.

Selamat Datang!
Tahniah kepada semua siswa-siswi baharu Ambilan Ogos 2024! IPG Kampus Darulaman mengalu-alukan kedatangan anda! Anda kini melangkah ke fasa baru dalam kehidupan sebagai pendidik masa depan.
Semoga anda semua bersemangat dalam menimba ilmu dan memanfaatkan sepenuhnya peluang yang ada.
Selamat datang sekali lagi dan selamat maju jaya!