Tempat. :  Bilik Mesyuarat Cempaka
Tarikh/ Masa. :  24 Februari 2025 | Isnin | 2:30 Petang


JK Anugerah Kecemerlangan Pelajar bermesyuarat pada 24 Februari 2025 bagi memilih calon-calon yang akan mewakili IPGKDA bagi Anugerah Khas Istiadat Konvokesyen IPG KPM kali ke-15. Dalam masa yang sama, mesyuarat bersetuju menggerakan jawatankuasa ini untuk membangunkan pangkalan data Pembangunan Pelajar Cemerlang yang akan disinergikan bersama-sama oleh JKA, JHEP, JPPI, JTP, UPP dan jabatan akademik. Berpandukan pangkalan data yang dibangunkan, jawatankuasa ini akan merancang dan melaksanakan program-program sokongan ke arah kecemerlangan pelajar.

 

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

 

TEMPAT: SSTP JPN Pulau Pinang
TARIKH/MASA :18-20 Februari 2025 | Isnin-Khamis | 8:30 Pagi

Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Darulaman, telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Profesionalisme Pemeriksa Dalam bertempat di Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), JPN Pulau Pinang.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kompetensi pemeriksa dalam, memperkukuh kefahaman terhadap prinsip pemeriksaan akademik, serta memastikan pematuhan kepada standard penilaian terkini dalam sistem pendidikan.

Melalui sesi latihan interaktif, peserta diberikan pendedahan mendalam mengenai kriteria penilaian, kaedah pemarkahan yang sistematik, serta strategi dalam mengekalkan ketelusan dan keadilan dalam proses pemeriksaan akademik.

Diharapkan bengkel ini dapat memberi impak positif dalam memperkasakan peranan pemeriksa dalam dan meningkatkan kualiti sistem pentaksiran akademik di IPGKDA.

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara|

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|

STUDIO PENYELIDIKAN (SIRI 1): ASAS PENYELIDIKAN – PEMBINAAN OBJEKTIF, PERMASALAHAN DAN REKA BENTUK KAJIAN
Tarikh: 16 Februari 2025
Masa: 9.00 – 11.00 pagi
Sasaran: Pelajar PISMP ambilan 2021/2026
Anjuran: JK Penyelidikan Pelajar & JKA

JK Penyelidikan Pelajar dengan kerjasama JKA telah menganjurkan program Studio Penyelidikan bagi membimbing pelajar menyediakan kertas cadangan penyelidikan. KJ Sains Sosial, Dr. Hjh. Khalijah Ahmad dan KJ Pendidikan Islam dan Moral, Dr. Ahmad Tamizi Abu telah berkongsi kepakaran tentang pendekatan kualitatif dan kuantitatif serta reka bentuk penyelidikan yang dilaksanakan secara dalam talian melibatkan seramai 212 orang pelajar PISMP ambilan 2021/2026.

PLC: PENYELIAAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN "ONE PAGE MODEL PROPOSAL"
Tarikh : 17 Februari 2025 (Isnin)
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
Tempat : Bilik Permata, Pusat Sumber

JKA dengan kerjasama JK Penyelidikan Pelajar telah menganjurkan PLC Penyeliaan Kertas Cadangan Penyelidikan bertujuan memperkenalkan kepada pensyarah penyelia tentang penyediaan kertas cadangan dengan konsep "One Page Model Proposal". Perkongsian PLC telah disampaikan oleh Dr. Muhammad Nidzam bin Yaakob, KU Penyelidikan dan Inovasi JPPI melibatkan semua pensyarah penyelia penyelidikan.

Seramai 264 orang pelajar PISMP Ambilan 2021/2025 telah mengikuti program Penataran Ekosistem Sekolah Fasa 1 yang dilaksanakan pada 02 – 06 Februari 2025. Program berlangsung selama lima hari dengan aktiviti berbentuk perkongsian ilmu, bengkel dan simulasi yang bersifat hands on telah dijayakan oleh penceramah dan fasilitator daripada Jemaah Nazir Negeri Kedah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan Negeri Kedah, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Setar, Guru Penolong SK Peremba termasuk pensyarah IPGKDA. Slot Bina Insan Sejahtera turut disampaikan oleh Pegawai Khas Menteri Pendidikan, En. Abu Seman bin Mat Karim. Program ini bermatlamat memberikan pendedahan tentang dasar dan program terkini di sekolah kepada siswa guru sebelum Praktikum Fasa 2. Program berakhir pada 06 Februari 2025 dan disempurnakan perasmian penutupannya oleh Pengarah IPGKDA.