Pada 9 dan 10 Januari 2024, Jabatan Teknologi Pendidikan ,IPGM Kampus Darul Aman telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2024 yang dihadiri semua pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan. Ia telah diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Kedah. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan perkembangan terkini dalam bidang teknologi pengajaran, pengurusan tugas pensyarah bagi tahun 2024, dan juga kursus induksi bagi subjek Teknologi Pengajaran serta Teknologi dan Media Pengajaran.
Berbagai cadangan dan isu-isu utama telah dibangkitkan semasa sesi mesyuarat. Beberapa cadangan termasuk peningkatan kualiti bahan pengajaran, penambahbaikan kepada modul pengajaran yang sedia ada, dan peningkatan kerjasama dengan pihak luar seperti industri teknologi. Isu-isu berkaitan ketersediaan sumber dan keperluan dana tambahan turut diberi perhatian.