Pejabat Pengarah JPN Kedah
03 Mac 2025 | Isnin | 11.00 Pagi

IPGKDA telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah sempena Sesi Libat Urus (SLU) IPGKDA bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah pada 3 Mac 2025 bertempat di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. SLU memfokuskan kepada strategi pengambilan pensyarah baharu dalam kalangan warga pendidikan JPN Kedah serta perbincangan berhubung program dan inisiatif kerjasama antara kedua-dua agensi. IPGKDA merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengarah JPN Kedah atas kerjasama dan komitmen jitu bagi menjayakan SLU tersebut. Semoga hubungan baik yang sedia terjalin di antara IPGKDA dan JPN Kedah akan memberi impak kepada pendidikan di negeri Kedah.

#Bersama-sama Fokus dan Sinergi #Sinar Ilmu di Utara

IKUTI KAMI DI
|FB :IPG Kampus Darulaman - Rasmi |YouTube : IPGKDA TV | Laman Web : http://ipgkda.edu.my|