PILIHAN RAYA KAMPUS, IPG KAMPUS DARULAMAN TAHUN 2022

Pilihan Raya Kampus (PRK) IPG Kampus Darulaman bagi tahun 2022 telah berlangsung pada 14 Mac 2022 (Isnin) bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi sesi 2022/2023. Pada tahun ini, pihak IPGKDA meneruskan kerjasama strategik bersama Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Kedah (SPR) bagi memberi pendedahan dan maklumat pengurusan pilihan raya kepada pensyarah dan juga pelajar. Sebanyak 7 kerusi bagi peringkat Ahli Mesyuarat Tertinggi (AMT) dan 20 kerusi bagi peringkat Ahli Mesyuarat Majlis (AMM) dipertandingkan. Sebanyak 20 calon AMT dan 41 calon AMM berentap dalam PRK kali ini. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKDA mengucapkan setinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan PRK 2022 terutamanya pihak Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah.