TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH : HALA TUJU & FOKUS PENGURUSAN TAHUN 2025
Timbalan Pengarah IPGKDA, YBrs. Dr. Hjh. Amani binti Dahaman @ Dahlan turut menyampaikan taklimat berhubung hala tuju dan fokus pengurusan tahun 2025. Beliau menyeru semua warga IPGKDA menghayati spirit hijriah untuk tahun 2025 dengan analogi berikut:
- Memantapkan persaudaraan setiap ahli (Aus & Khazraj) dan Muhajirin & Ansar.
- Pensyarah baharu diibaratkan seperti kalangan muhajirin yang baru memasuki sistem IPG dipersaudarakan dengan pensyarah lama seperti golongan ansar yang akan membantu saudara mereka yang baharu.
- Membina masjid Nabawi dan menjadikannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan sosial.
- Mengimarahkan Masjid an-Nur dan Pusat Ilmu dengan aktiviti sokongan akademik dan tafaqquh, pengukuhan ukhuwwah pasukan dan kemasyarakatan.
- Menetapkan garis panduan kepada penduduk Madinah (Piagam Madinah) yang menjadi rujukan semua warga dan dipatuhi.
Pengurusan IPGKDA menyediakan 3 garis panduan untuk dijadikan rujukan semua warga iaitu Manual Pengurusan & Takwim Perancangan Tahunan, Panduan Pengoperasian Kampus dan Pendekatan Model GROW Dalam Pengurusan dan Hala Tuju 2025.
Beliau mengharapkan ketiga-tiga buku panduan ini dapat dijadikan rujukan semua warga dalam menguruskan kampus, jabatan dan unit dengan lebih berfokus dan sinergi.
https://drive.google.com/file/d/10kAQyYX9g26_VMFNBJpklFpLCy5MBi6W/view?usp=drive_link