BENGKEL PERANCANGAN KURIKULUM (BPK) SEMESTER II SESI 2024/2025

Jabatan Kecemerlangan Akademik telah menganjurkan BPK semester II sesi 2024/2025 mulai 30 Disember 2024 hingga 2 Januari 2025 melibatkan semua program pengajian yang ditawarkan iaitu PPISMP, PISMP dan PDPP. Agenda BPK yang dilaksanakan ini meliputi Taklimat Akademik, PLC: Pembelajaran Digital, Bengkel Merungkai dan Merangkai HPK (KPPB), Pembinaan JST, Soalan dan Rubrik PB (mengandungi elemen KPPB), Bengkel OPD-KPPB dan Induksi Kursus. BPK dilaksanakan bagi memenuhi keperluan prosedur EOMS PT-03 – Rekabentuk dan Penyampaian Kurikulum sebagai persediaan pelaksanaan kurikulum sebelum semester baharu bermula. Bengkel dimulakan dengan Amanat Pengarah sempena Tahun Baharu 2025 dan disusuli dengan Taklimat Timbalan Pengarah berhubung Hala Tuju dan Fokus Pengurusan Tahun 2025. BPK sesi pagi hari pertama diakhiri dengan Taklimat Pengurusan dan Pengoperasian Akademik yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik dan Ketua Unit Pengurusan Akademik JKA.