MS ISO 9001:2015

Objektif Kualiti IPGM/IPG 

Objektif Organisasi

Perkhidmatan Pendidikan Keguruan yang diberi dapat melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik dengan pencapaian 92% tahap kepuasan pelanggan selepas satu (1) tahun dari tarikh penempatan guru baharu.

 Objektif Operasi IPGM:

  1. Memastikan pendaftaran pelajar dilaksanakan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas paparan calon berjaya di laman web KPM.
  2. Memastikan keberkesanan Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu dan Program Mentor Mentee mencapai tahap skor min 4.3.
  3. Memastikan penilaian persepsi pelajar terhadap pelaksanaan kurikulum, kokurikulum dan amalan professional mencapai skor min 4.3.
  4. Memastikan proses pemantauan pengurusan kurikulum dilaksanakan satu (1) kali setahun.
  5. Memastikan pemantauan pengurusan perpustakaan diadakan satu (1) kali setahun.
  6. Memastikan semua pensyarah, pegawai dan staf pelaksana dapat memenuhi keperluan latihan berdasarkan arahan semasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
  7. Memastikan 80% daripada penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan di IPG setiap tahun adalah mengikut bidang kebitaraan.
  8. Memastikan mesyuarat pengurusan kewangan, pembangunan dan aset serta pengurusan sumber manusia diadakan empat (4) kali setahun.
  9. Memastikan pemantauan ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  10. Memastikan rangkaian setempat (LAN) beroperasi dengan baik dan boleh dicapai sepanjang masa.
  11. Memastikan aktiviti penyelenggaraan semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  12. Memastikan Audit Dalaman dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  13. Memastikan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP) dilaksanakan satu (1) kali setahun.

  

Objektif Operasi IPG:

  1. Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap penilaian proses pendaftaran dan minggu pengurusan pelajar baharu yang dilaksanakan.
  2. Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, kokurikulum dan bimbingan dalam amalan profesional.
  3. Memastikan proses pemantauan pelaksanaan kurikulum dilaksanakan satu (1) tahun sekali.
  4. Sekurang-kurangnya 99% pelajar yang menduduki peperiksaan lulus.
  5. Keputusan peperiksaan akhir program/kursus dimaklumkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas mesyuarat Senat.
  6. Pelajar berpuas hati pada skor min 4.3 terhadap penilaian pelaksanaan program mentor mentee.
  7. Aduan Pelanggan (Pelajar) akan diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari bekerja.
  8. Semua Aduan Pelanggan (Pelajar) diberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  9. Memastikan program latihan dalam perkhidmatan memenuhi Standard Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PBB).
  10. Memastikan semua pensyarah, pegawai dan staf pelaksana dapat memenuhi keperluan latihan berdasarkan arahan semasa Jabatan Perkhidmatan Awam.
  11. Mesyuarat pengurusan kewangan, pembangunan dan aset serta pengurusan sumber manusia diadakan empat (4) kali setahun.
  12. Pemantauan ke atas keselamatan bangunan dan fizikal pejabat dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  13. Aktiviti penyelenggaraan semua peralatan teknologi maklumat dan komunikasi dilaksanakan dua (2) kali setahun.
  14. Audit Dalaman dilaksanakan dua (2) kali setahun
  15. Mesyuarat Kualiti Institut (MKI) dilaksanakan dua (2) kali setahun.