16 Januari 2025 | Auditorium Seri Perdana, IAB Utara
Program Bicara Eksekutif anjuran Jawatankuasa Pemikir IPG Kampus Darulaman telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Januari 2025, bertempat di Auditorium Seri Perdana, IAB Utara. Program ini yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari telah dihadiri oleh para pensyarah dan para pelajar IPG Kampus Darulaman.
Dua ucaptama utama telah disampaikan:
YBrs Dr. Hj Amir bin Hj. Juhari dengan tajuk "Melestarikan Bahasa Melayu: Tanggungjawab Bersama" yang menekankan peranan bersama dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.
YBrs Dr. Rosnani binti Kaman dengan tajuk "Lanskap Kecemerlangan Diri: Kepimpinan Pemikiran Strategik" yang memberi fokus kepada kepimpinan strategik dalam pendidikan.
 
Program ini telah menjadi platform yang berkesan untuk berkongsi ilmu dan membincangkan isu-isu penting dalam dunia pendidikan. Peserta memberi maklum balas positif terhadap pengisian program yang dianggap relevan dan inspiratif.
 
Tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Pemikir IPG Kampus Darulaman Tahun 2025 dalam menganjurkan program seumpama ini dan pihak kampus berharap agar inisiatif seperti ini diteruskan di masa akan datang.

Pada 12 Januari 2025, satu sesi lawatan kerja dan penyampaian amanat oleh Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Y. Brs Dr. Mohd. Azam bin Ahmad, telah diadakan di Bilik Mesyuarat Cempaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Darul Aman (IPGKDA). Acara ini dihadiri oleh Tuan Pengarah IPG Kampus Darulaman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Darulaman serta barisan Ahli Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG kampus Darulaman.

Agenda Lawatan Kerja:

Taklimat Perkembangan IPGKDA:
  • Pengarah IPGKDA memulakan sesi dengan memberikan taklimat menyeluruh tentang pencapaian terkini kampus, cabaran yang dihadapi, dan perancangan masa hadapan.
  • Beberapa isu strategik turut dibincangkan, termasuk inovasi dalam pengajaran, pembangunan profesional, serta keberkesanan program latihan guru.
Lawatan Fasiliti:
  • Rektor IPGM meluangkan masa melawat beberapa lokasi penting di kampus, termasuk perpustakaan, pusat sumber pembelajaran dan kafetaria.
  • Penekanan diberikan kepada keperluan untuk meningkatkan kemudahan pembelajaran bagi menyokong kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

Amanat Rektor IPGM:

Rektor menyampaikan amanat yang menekankan beberapa perkara utama:

  1.  Peningkatan Kualiti Pendidikan Guru:
    • Rektor menyeru semua pihak untuk terus memperkukuh komitmen terhadap kecemerlangan pendidikan dengan mengintegrasikan teknologi terkini dan pendekatan pengajaran inovatif di samping menyemarakkan nyala rasa siswa guru di IPGK.
  2. Kepemimpinan dan Profesionalisme:
    • Beliau menekankan pentingnya kepemimpinan proaktif dalam kalangan pensyarah untuk membimbing bakal guru yang mampu menghadapi cabaran abad ke-21.
  3. Penyelidikan dan Pembangunan:
    • Amanat turut menyentuh keperluan meningkatkan budaya penyelidikan di IPGM sebagai salah satu tonggak untuk memperkukuh nama institusi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Sesi lawatan kerja dan amanat ini diharapkab dapat memperkukuh hubungan antara Rektor dengan warga IPGKDA serta memperjelas visi dan misi IPGM bagi tahun-tahun akan datang. Semua pihak bertekad untuk menjadikan IPGM sebagai institusi peneraju dalam pendidikan guru di Malaysia. Lawatan ini juga mencerminkan komitmen IPGM terhadap pembangunan berterusan dalam pendidikan dan latihan guru.

#bersamasamafokusdansinergi

#sinarilmudiutara
#ipgm
#ipgkampusdarulaman

AMANAT PENGARAH SEMPENA TAHUN BAHARU 2025

Pengarah IPGKDA, YBrs, Kolonel Bersekutu (PA) Dr. Wan Fadzli bin Wan Haron dalam ucapan amanat tahun baharu 2025 telah memfokuskan kepada dua elemen penting iaitu peningkatan akauntabiliti dan integriti dalam kalangan warga IPGKDA. Intipati ucapan beliau dapat dirumuskan seperti berikut:

Nilai Akauntabiliti

  • Menepati masa dan komitmen terhadap tugas yang telah diamanahkan;
  • Memastikan pengurusan kelas, penyelidikan dan pentadbiran dilaksanakan secara sistematik dan telus;
  • Bertanggungjawab terhadap penggunaan sumber yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya;
  • Menghormati amanah  dan  memastikan setiap tugasan mempunyai hasil yang boleh diukur dan dinilai.
  • Melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, tidak menolak tugas dan melaksanakan dengan penuh kebertanggungjawaban terutama dalam kerjabuat utama seperti pengajaran dan pembelajaran dan praktikum

Memperkukuh Integriti

  • Menghindari segala bentuk penyelewengan, salah guna kuasa, atau ketidakjujuran;
  • Mengamalkan sikap telus dan terbuka dalam semua urusan, sama ada di peringkat akademik mahupun pentadbiran;
  • Menjadi teladan kepada pelajar dan rakan sekerja dengan memegang teguh prinsip integriti dan nilai moral yang tinggi;
  • Menjalankan tugas  dengan  berani,  tanpa  kompromi terhadap nilai-nilai murni walaupun berdepan tekanan atau cabaran

https://drive.google.com/file/d/1_qEFB-i4tFy0zlPoNZ-ekI9r734bmsQF/view?usp=drive_link

 
Selamat kembali ke kampus! Tahun 2025 ini menjanjikan pelbagai peluang dan cabaran baharu untuk kita terus melakar kejayaan dalam pendidikan guru. 
Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan guru, IPG Kampus Darulaman terus komited melahirkan pendidik berkualiti tinggi yang mampu menyumbang kepada pembangunan generasi masa depan. Semoga semester ini menjadi titik permulaan untuk lebih banyak pencapaian hebat! 

TAKLIMAT TIMBALAN PENGARAH : HALA TUJU & FOKUS PENGURUSAN TAHUN 2025

Timbalan Pengarah IPGKDA, YBrs. Dr. Hjh. Amani binti Dahaman @ Dahlan turut menyampaikan taklimat berhubung hala tuju dan fokus pengurusan tahun 2025. Beliau menyeru semua warga IPGKDA menghayati spirit hijriah untuk tahun 2025 dengan analogi berikut:

  • Memantapkan persaudaraan setiap ahli (Aus & Khazraj) dan Muhajirin & Ansar.
  • Pensyarah baharu diibaratkan seperti kalangan muhajirin yang baru memasuki sistem IPG dipersaudarakan dengan pensyarah lama seperti golongan ansar yang akan membantu saudara mereka yang baharu.
  • Membina masjid Nabawi dan menjadikannya sebagai pusat ibadah, pentadbiran dan sosial.
  • Mengimarahkan Masjid an-Nur dan Pusat Ilmu dengan aktiviti sokongan akademik dan tafaqquh, pengukuhan ukhuwwah pasukan dan kemasyarakatan.
  • Menetapkan garis panduan kepada penduduk Madinah (Piagam Madinah) yang menjadi rujukan semua warga dan dipatuhi.

Pengurusan IPGKDA menyediakan 3 garis panduan untuk dijadikan rujukan semua warga iaitu Manual Pengurusan & Takwim Perancangan Tahunan, Panduan Pengoperasian Kampus dan Pendekatan Model GROW Dalam Pengurusan dan Hala Tuju 2025.

Beliau mengharapkan ketiga-tiga buku panduan ini dapat dijadikan rujukan semua warga dalam menguruskan kampus, jabatan dan unit dengan lebih berfokus dan sinergi.

https://drive.google.com/file/d/10kAQyYX9g26_VMFNBJpklFpLCy5MBi6W/view?usp=drive_link