PENGENALAN
PengenalanUnit Khidmat Pengurusan , IPG Kampus Darulaman ialah unit yang menguruskn hal-hal yang berkaitan dengan Perjawatan, Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan institut. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dengan dibantu oleh Pegawai Eksekutif Kanan yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan dan pentadbiran Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). Terdapat empat unit utama di bawah Unit Khidmat Pengurusan iaitu Unit Pentadbiran dan Perkhidmatan yang diketuai oleh Pegawai Eksekutif Kanan, Unit Kewangan Dan Akaun yang diketuai oleh Penolong Akauntan, Unit Pengurusan Fasiliti yang diketuai oleh Ketua Penolong Jurutera dan Unit Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat.