- Details
- Hits: 7703
Profil Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan
# | Gambar | Nama | Jawatan | Telefon/E-mel |
1. |
DR Muhamad Fariduddin Bin Wajdi Anthony
|
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
|
04-9148300: 381-Jabatan 04-9148300: 354-Bilik KJ
|
|
2. | DR Siri Sena Bin Baba Hamid | Timbalan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan |
|
|
3. | Mohd Azman Bin Basirun |
Pensyarah Akademik |
04-9148300: 318 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
|
4. | Sharifah Wahidda Haneem Binti Syed Jamalil |
Pensyarah Akademik |
04-9148300: 318 |
|
5. | Noormawati Binti Razali | Pensyarah Akademik |
04-9148300: 318 |
|
6. | Asmalinda Binti Adnan | Pensyarah Akademik |
04-9148300: 318 |
|
7. | Mohd Taqiyuddin Bin Omar | Pensyarah Akademik |
04-9148300: 318 |
- Details
- Hits: 3998
KATA ALUAN KETUA JABATAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,
Bismillahirrahmannirrahim,
Teknologi Pendidikan merupakan ilmu yang perlu dikuasai oleh semua pelajar. Sehubungan dengan itu jabatan ini menawarkan kursus yang mampu untuk membina kompetensi pelajar ke arah menjadi guru yang cemerlang dan berinovasi. Kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh para pensyarah di jabatan ini mampu untuk mendidian pelajar ke arah pendidikan yang gemilang. Diharapkan, anda akan menemui informasi berkaitan pembelajaran dalam portal ini. Sebarang masalah, sila hubungi Jabatan Teknologi Pendidikan. Kami sedia membantu anda.
Saya yang menjalankan amanah,
Dr.Muhammad Fariduddin bin.Wadi Anthony
Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan
IPG Kampus Darulaman
PENGENALAN JABATAN
Jabatan Teknologi Pendidikan (JTP) mengendalikan kursus berkaitan bidang Teknologi Pendidikan untuk pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dan Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP). Kursus yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP ialah Kursus Bidang Generik, iaitu Kursus Kemahiran Belajar dan Kursus Wacana Penulisan. Manakala bagi pelajar PISMP, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Asas Pendidikan, iaitu Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran, Elektif Terbuka Penerbitan Video, Elektif Terbuka Fotografi dan Elektif Terbuka Pengurusan Pusat Sumber. Bagi program PDPP pula, kursus yang ditawarkan ialah Kursus Bidang Asas Pendidikan, iaitu Teknologi dan Media Pengajaran. JTP terdiri daripada Unit Teknologi Maklumat & Komunikasi (TMK) dan Unit Sains Perpustakaan (SP). Matlamat JTP adalah untuk melahirkan insan guru berilmu, berkemahiran, kreatif, inovatif dan berwawasan dalam pengetahuan dan kefahaman yang mendalam tentang kandungan ilmu, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran, pengurusan persekitaran pembelajaran dan sumber pembelajaran yang berkaitan dengan Teknologi, Media serta Sains Perpustakaan. JTP sentiasa komited untuk membina kecemerlangan, penyelidikan dan inovasi yang cemerlang melalui pengendalian kursus-kursus praperkhidmatan, kursus dalam perkhidmatan dan kursus peningkatan profesionalisme. JTP juga sentiasa berusaha menyokong transformasi peningkatan kualiti pensyarah, peningkatan kualiti pelajar dan pemantapan pembangunan profesional keguruan seperti yang termaktub dalam kluster inisiatif tranformasi IPGM.
FUNGSI JABATAN
Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan Sains Perpustakaan, Teknologi Maklumat & Komunikasi dan e-Pembelajaran Memberikan pengalaman teori dan praktikal kepada warga pendidik tentang ilmu berkaitan dengan reka bentuk, pembangunan dan aplikasi media pengajaran terkini dalam pendidikan.
UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
- Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi
- Mengendalikan kursus berkaitan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Menawarkan konsultasi dan kepakaran untuk perisian aplikasi dan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi kepada pensyarah IPG KDA dan penjawat awam sekitar negeri Kedah
UNIT SUMBER MAKLUMAT
- Melaksanakan kurikulum Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Pendidikan Rendah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) yang berkaitan dengan pengurusan sumber pendidikan
- Mengendalikan kursus berkaitan Pengurusan Sumber Maklumat dengan menawarkan konsultasi dan kepakaran dalam Pengurusan Pusat Sumber Sekolah kepada Guru-Guru Pakar dan Guru Perpustakaan dan Media khusus dalam pembinaan Pusat Sumber Cemerlang
- Mengendalikan program bersama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN) seperti NILAM dan Pusat Sumber Cemerlang.