IPG Kampus Darulaman, Jitra Kedah –15 Mac 2023. Jabatan STEM, IPGK Darulaman telah menghantar tiga pasukan dalam pertandingan antarabangsa penulisan essay Young Inventors Journal anjuran Pertubuhan Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama KPM, KLAY Enersol dan FMT. Penulisan ilmiah ini berkonsepkan pemikiran atau produk inovasi bertemakan “How to Rebuild a Better World Post Covid-19 : Economics, Entrepreneurship and Livelihood. Kumpulan peserta guru pelatih IPGKDA telah berjaya melepasi pemilihan esei berkualiti yang melayakkan pelajar kita menduduki sesi Viva secara dalam talian dengan pihak penganjur.

Inovasi yang kita bawa dalam format esei adalah:

1. INTER-2:  Fun Learning Pronunciation in Two-Way Communication.
Muhammad Fahmin Bin Nazelihisham (Sejarah 2 PISMP Jun 2021)
Ain Tasnim Binti Rozairi (Bahasa Melayu 2 PISMP Jun 2021)
Anis Zafirah Binti  Jamalludin. (Sejarah 1 PISMP Jun 2020)

2. Edu Box:  Supporting Self Directed Learning Within Fun Educational Games.
Nur Fatini Rabihah Binti Razaki (Sejarah 2 PISMP Jun 2021)
Nur Shafiza Binti Sharipudin (Sejarah 2 PISMP Jun 2021)
Farisha Binti Mahashim (Sejarah 5 PISMP Jun 2020)

3. Self Vendor Machine (SVM) to Support Reinforcement of Young  Student’s Self-Management in Classroom     
After Pandemic.

Nur Farah Natasha Kamarul Zaman  (Sejarah 3 PISMP Jun 2020)
Shahrul Danial Farhan Abdul Razak  (Pendidikan Khas 2 PISMP Jun 2021)
Zeti Alia Binti Hassni (Sejarah 5 PISMP Jun 2020)

Hotel Everly, Putra Jaya – 25 Februari 2023 (Sabtu). Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan IEG Campus telah menganjurkan majlis penutup Program Peneraju Tunas Bridge Karisma IPGM 2022 ( Kohort 2) setelah lebih setahun program TUNAS BRIDGE KARISMA dilaksanakan dengan melibatkan lima IPG kampus yang terpilih. Dalam majlis ini kumpulan pelajar yang terpilih sebagai pemenang Yayasan Peneraju STEM Challenge 2022/2023 diraikan. IPGK Darulaman telah muncul sebagai IPGK kedua terbaik dan berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat perak serta wang tunai berjumlah RM1000.  Sekalung tahniah juga kepada penyelaras peneraju IPGK darulaman, Dr. Rusmawati binti Othman dan Dr. Sumaiyah binti Abd Rahman serta Ketua Jabatan HEP, En. Yusainy bin Azizan.  Dengan kemenangan ini dapat melonjakkan lagi semangat guru pelatih dari pasukan peneraju untuk terus menyumbang kepada warga pendidikan setempat sebagai trainer.

 

SK Titi Gajah, Alor Setar - 8 Februari 2023 (Rabu). Satu program membina kerjasama dan jalinan kecemerlangan telah berlangsung di antara IPG Kampus Darulaman (IPGKDA) dengan SK Titi Gajah semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Titi Gajah 2022/2023. IPGKDA telah di wakili oleh Pengarah, Dr Mohamad Fadzil bin Che Amat sementara SK Titi Gajah diwakili oleh Guru Besar iaitu Tn. Hj Mohamad Fauzi B.Che Bakar. Di antara objektif program adalah untuk bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi dan menjana kecemerlangan dalam bidang akademik, koakademik serta hal elwal pelajar.