- Details
- Hits: 6118
Pengarah dan Timbalan Pengarah serta seluruh warga kampus mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelajar beragama Islam dan juga seluruh umat Islam. Semoga kita semua diberkati dengan keberanian dan keikhlasan Nabi Ibrahim A.S. dalam setiap pengorbanan yang kita lakukan. Mari kita raikan hari yang mulia ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha, Maaf Zahir dan Batin.
- Details
- Hits: 6893
Warga kampus dengan rasa bangga dan sukacita ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP), Tuan Haji Hafni dan Encik Mohd Shahidan. Penganugerahan ini adalah faktor penggalak ke arah kecemerlangan dan dedikasi dalam bidang pendidikan.
Kami di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman amat berbangga dengan pencapaian para pensyarah ini. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pencapaian yang lebih gemilang di masa hadapan. Teruskan usaha dan komitmen dalam memperkasa pendidikan negara.
Sekali lagi, tahniah dan selamat maju jaya!
- Details
- Hits: 5359
Tahniah diucapkan kepada AHMAD ABID BIN MOHD RADZI pelajar PPISMP ambilan Jun 2023 kerana telah mengharumkan nama IPGM KAMPUS DARULAMAN. Beliau telah dinobatkan selaku JOHAN hafazan kategori 1-30 juzuk dan tafsir di dalam MAJLIS TILAWAH & MENGHAFAZ AL-QUR'AN PERINGKAT INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI 2024 bertempat di UNISZA pada 9-13 jun 2024.
- Details
- Hits: 6188
Tahniah diucapkan kepada Ahmad Abid Bin Mohd Radzi dari PPISMP PAI 1 atas kejayaan cemerlang mendapat Johan Hafazan (30 Juzu') dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Institut Pendidikan Tinggi 2024. Majlis tersebut telah diadakan pada 11 & 12 Jun 2024 bertempat di UNISZA.
Pencapaian ini amat membanggakan dan menjadi inspirasi kepada semua. Semoga kejayaan ini akan terus menyemarakkan semangat anda dalam menghafaz dan memahami Al-Quran.
Syabas dan tahniah sekali lagi!
- Details
- Hits: 6312
Bengkel ini diadakan pada 27 hingga 29 Mei 2024 bertempat di Hotel Langkasuka, Kuah Langkawi. Merupakan satu program kolaborasi antara tiga jabatan iaitu Jabatan Bahasa Arab, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JPIM) dan Jabatan Kecemerlangan Akademik (JKA) bagi tahun 2024 . Dilaksanakan untuk pelajar Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) (KDC) Ambilan Oktober 2023 dan pelajar Program Diploma Perguruan (PDP) (KDC) Ambilan Oktober 2022.
Bengkel ini bertujuan mendedahkan peserta tentang kandungan kurikulum dan pentaksiran yang akan disesuaikan dengan rancangan pengajaran dan pembelajaran mengikut format IPG untuk digunakan semasa praktikum. Bengkel turut memfokuskan terhadap penggunaan DSKP dalam perancangan PdP dan pentaksiran bilik darjah serta amalan baik PdP seperti inovasi dan lain-lain.
Adalah menjadi menjadi keperluan untuk para pelajar tersebut memahami cara merungkai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang digunapakai di sekolah untuk diterjemahkan dalam amali praktikum selaras dengan tuntutan kurikulum dan keperluan pedadogi semasa.
Page 4 of 38