Bengkel kerja Pendedahan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Siri 2 melibatkan 39 orang pelajar yang mengambil kursus PKBK3262 Rancangan Pendidikan Individu dan pensyarah kursus, Cik Norshafiqah bt Ahmad telah berlangsung di SK Sultan Ahmad Tajuddin, SK Padang Pekan, SK Tunjang dan SK Kodiang pada 19 September 2023 (Selasa) untuk memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar meneliti proses pengendalian RPI di lapangan sebenar sebelum mereka melangkah ke sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Khas IPGKDA mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekolah-sekolah yang terlibat atas kerjasama mereka menjayakan bengkel ini.