IPGKDA Menghargai Khidmat Frontliner Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu

Pada 8 Ogos yang lalu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Darulaman telah menyampaikan sumbangan tanda penghargaan kepada kakitangan Bilik Gerakan Covid-19 Daerah Kubang Pasu di Pejabat Kesihatan Daerah. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, YM Tuan Rosdan bin Tuan Muda kepada wakil pihak PKD iaitu Dr.Afiq. Ia merupakan tanda penghargaan kepada pihak PKD yang sentiasa membantu urusan kakitangan & pelajar IPGKDA semasa pendemik berlaku.