MENGENAI KAMI

JABATAN HAL EHWAL PELAJAR

1.0 Pengenalan

Jabatan Hal Ehwal Pelajar diwujudkan untuk kerja-kerja tadbir urus perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan, keselamatan dan pembangunan insan pelajar. Ini untuk memastikan bakal guru yang dilahirkan mempunyai sikap dan sahsiah positif sesuai dengan profesion keguruan. Jabatan ini mempunyai empat unit utama, diketuai oleh seorang Ketua Jabatan dan seorang Ketua Unit Kanan. Unit-unit tersebut ialah Unit Disiplin dan Kebajikan, Unit Pembangunan Insaniah, Unit Data, Rekod dan Alumni dan Unit Kolej Kediaman. Jabatan ini dibantu oleh dua orang Pegawai Pengurusan, seorang Penolong Pengurus Asrama, seorang Penyelia Asrama Kanan, seorang Penyelia Asrama, Seorang Pembantu Tadbir dan dua orang Pembantu Operasi.

2.0 Visi

Melahirkan guru bertaraf dunia daripada segi kualiti pembangunan insan bagi memenuhi aspirasi negara

3.0 Misi

Komited melengkapkan bakal guru dengan kepelbagaian kebolehan dan berketerampilan, berfikiran kritikal serta berakhlak mulia

4.0 Fungsi Jabatan

4.1 Mengurus Rekod, Data dan Statistik Pelajar serta membuat pengemaskinian dari semasa ke semasa.

4.2 Mengumpul, menyalur dan membekalkan maklumat antara pihak pelajar, pensyarah, pentadbir, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

4.3 Melaksana dan memantau program peningkatan dan pengembangan kendiri pelajar.

4.4 Memberi latihan asas dalam aspek penyuburan diri, kepimpinan dan pengurusan kepada pelajar.

4.5 Mengurus hal-hal kebajikan dan keselamatan pelajar.

4.6 Mempertingkatkan sahsiah dan disiplin keguruan pelajar.

4.7 Mengurus dan mentadbir hal-hal kediaman pelajar di dalam dan luar kampus.