PENGOPERASIAN IPGKDA SESI SEMESTER JANUARI 2021

  1. Pihak Institut akan mengguna pakai Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian IPG dan Kolej Matrikulasi Dalam Norma Baharu yang telah diedarkan kepada semua kampus dengan merujuk surat Ruj. Kami: KPM.100-1/7/96 Jld. 2 (87) bertarikh 03 November 2020 sebagai rujukan pengoperasian.
  2. Pihak institut juga akan memastikan pelajar daripada kawasan zon merah diasingkan/dikuarantin, sama ada di bilik isolasi atau di aras yang berasingan dengan kumpulan pelajar lain bagi menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar. Manakala pelajar berikut tidak dibenarkan kembali ke kampus;
    a) Telah disahkan secara klinikal positif COVID-19;
    b) Pelajar yang dikenal pasti sebagai Person Under Investigation (PUI);
    c) Pelajar yang telah disahkan oleh KKM sebagai Kontak Rapat pesakit COVID-19
    d) Pelajar yang rumahnya terletak dalam kawasan PKPD.
  3. Semua pelajar bertanggungjawab memaklumkan dengan segera dari semasa ke semasa kepada kampus, status kesihatan sebelum tarikh akhir kebenaran kembali ke kampus.
  4. Bagaimanapun, sebarang perubahan berkaitan tarikh pelajar kembali ke kampus tertakluk kepada arahan terkini Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.
  5. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung dengan En. Mohamad Yazi bin Kerya, Ketua Unit Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 012-4311264.