Print
Category: Jabatan Perancangan, Penyelidikan & Inovasi
Hits: 2849

KATA ALUAN KETUA JABATAN

                                                                           بسم الله الرحمن الرحيم

                                                                  اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) merupakan jabatan yang memberi fokus kepada perancangan dasar, penyelidikan, inovasi dan penerbitan untuk warga IPG Kampus Darulaman khususnya pensyarah dan pelajar.serta guru-guru sekolah. Jabatan ini berperanan untuk mengendalikan kursus-kursus dan seminar yang berhubung dengan kajian penyelidikan, pemantauan produk latihan perguruan, penyebaran maklumat tentang seminar-seminar penyelidikan dan penerbitan jurnal. Moto JPPI adalah Peneraju Kecemerlangan Program Pengantarabangsaan, Penyelidikan Dan Inovasi. Manakala visi ialah memartabatkan profesion keguruan yang berkualiti dan berinovasi selaras dengan pendidikan guru bertaraf dunia. Misinya adalah melaksanakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berinovasi serta membudayakan pembelajaran ilmu sepanjang hayat untuk melahirkan pensyarah dan guru yang berintegriti serta bersifat global. Sebarang pertanyaan berkaitan atau perlukan perkongsian lebih lanjut, sila hubungi Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Darulaman. Kami sedia membantu anda.

 

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Dr. Syed Khalid Syed Idrus
Ketua Jabatan Perancangan Penyelidikan dan Inovasi (JPPI)
IPG Kampus Darulaman

 

PENGENALAN JPPI

Jabatan Perancangan, Penyelidikan Dan Inovasi (JPPI) IPG Kampus Darulaman terdiri dari empat unit, iaitu Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar, Unit Penyelidikan dan Inovasi, Unit Hal Ehwal Luar dan Antarabangsa serta Unit Makalah dan Informatif. Unit Perancangan dan Pengoperasian Dasar bertanggungjawab merancang hala tuju perancangan strategik pengoperasian dasar latihan bagi Praperkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan IPGK. Unit Perhubungan Luar dan Antarabangsa pula bertanggungjawab merancang, mengurus dan menentukan program kerjasama dan pengantarabangsaan IPGK selaras dengan tuntutan kluster 7 Pengantarabangsaan, Inisiatif Transformasi IPG KPM. Manakala, Unit Penyelidikan dan Inovasi bertanggunjawab mengendalikan aktiviti berkaitan penyelidikan dan inovasi selaras dengan Kluster 3: Pembudayaan Penyeliddikan dan Inovasi, Perancangan Strategik IPG Kampus Darulaman Edisi Ke-2 (2023-2025). Unit Makalah dan Informatif pula menguruskan berkaitan dengan penerbitan dan Jurnal IPDA. JPPI juga terlibat dalam membantu melaksanakan kajian-kajian penilaian program bawah kendalian Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), KPM. JPPI juga membantu dan mengurus penyertaan pensyarah dan pelajar dalam seminar penyelidikan atau pertandingan inovasi anjuran pihak luar sama ada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa. Selaras dengan Kluster 3, Inisiatif Transformasi IPG KPM, iaitu “Pembudayaan Penyelidikan dan Inovasi”, JPPI menguruskan pelbagai program utama dan pengantarabangsaan IPG Kampus Darulaman. JPPI sentiasa setia memacu ke arah kecemerlangan program kerjasama dan pengantarabangsaan, penyelidikan, inovasi bertaraf antarabangsa.

 

MOTO JPPI

“Peneraju Kecemerlangan Program Pengantarabangsaan, Penyelidikan Dan Inovasi”

 

CARTA FUNGSI JPPI

 

FUNGSI JABATAN

UNIT PERANCANGAN & PENGOPERASIAN DASAR

 

UNIT PENYELIDIKAN & INOVASI

 

UNIT HUBUNGAN LUAR & ANTARABANGSA

 

UNIT MAKALAH & INFORMATIF