Print
Category: Jabatan STEM
Hits: 817

IPGK Darulaman, Jitra – 9 Februari 2023 (Khamis). Satu permulaan yang baik  tahun 2023 bagi Jabatan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai  mengangkat Motto JSTEM, Menjana Kemenjadian Guru Kreatif dan Inovatif melalui STEM. Bengkel ini berjaya memberi  kemahiran menonjolkan kekuatan produk dalam penghasilan poster dan video pertandingan kepada pelajar dengan sokongan pensyarah STEM Dr. Rusmawati binti Othman, Hjh. Saruvari binti Badru Duja Khan, Dr. Sumaiyah binti Abd Rahman, Hj. Dzulfazli bin Othman, Ts. Dr. Ros Eliana binti Ahmad Zuki, En. Mohd Sahafudin bin Zakaria, Dr. Vimala a/p Muniandy, Pn. Suhartina binti Md Yusop, Dr. Muhammad Fariduddin bin Wajdi Anthony, Dr. Nur Hazwani binti Zakaria dan Pn. Hazita binti Mohd Hassan. Bengkel ini adalah kelangsungan dari aktiviti  penilaian produk akhir dan penambahbaikan inovasi pelajar Peneraju untuk Pertandingan Yayasan Peneraju STEM Challenge 2022/2023 pada tarikh 12 Januari 2023. Sesi mentoring ini bertempat di Bilik Permata, Pusat Sumber IPGKDa.