Print
Category: Jabatan Pendidikan Khas
Hits: 1638

Program Pengurusan Individu Berkeperluan Khas telah diadakan di Persatuan Bantuan Pendidikan Kanak-Kanak Khas Pusat Pendidikan (PEKAKA), Sungai Petani, Kedah pada 1 Mac 2023 bagi memenuhi kehendak kursus PKUK1114 Murid berkeperluan Khas: Kurang Upaya Intelektual, Kurang Upaya Fizikal dan Masalah Kesihatan. Program ini disertai oleh 8 orang pelajar PPISMP Sem. 2 Tahun 1 amb. Jun 2022 dan seorang guru pengiring dari Jabatan Pendidikan Khas, IPGKDA. Pelajar telah dibawa melawat ke bengkel membuat roti dan kek untuk menyaksikan remaja berkeperluan khas menyediakan roti dan kek yang ditempah oleh pembeli. Penerangan berkaitan cara mengoperasikan bakeri dilakukan sepenuhnya oleh remaja berkeperluan khas yang mendapat latihan di PEKAKA. Selain itu, lawatan turut dibuat ke Pusat Jagaan PEKAKA untuk melihat proses pengendalian pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pada kanak-kanak kecil yang berkeperluan khas. Terima kasih kepada pihak PEKAKA Sungai Petani atas kerjasama yang diberi bagi menjayakan program ini.