Bengkel Pemantapan Kefahaman DSKP Pendidikan Islam telah diadakan pada 8 Ogos 2023 di bilik Kenanga, BTPN, Negeri Kedah anjuran Unit Al-Quran & Sunnah, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, IPG Kampus Darulaman. Seramai 24 orang peserta telah mengambil bahagian dan dibantu oleh 3 orang fasilitator. En Akmal bin Ahmad dan Puan Yasrina binti Yaakob dari PPD Kubang Pasu dan Puan Nor Ainon Jamaliah binti Mohamad Shah dari SK Bandar Baru Sintok. Para peserta telah didedahkan tentang pemantapan amalan terbaik bagi amalan profesional memahami Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)- Pengurusan dan Amalan Pengajaran. Penyelaras bertugas ialah En. Mohamad Hafedz bin Salleh. Tahniah semua.