Print
Category: Admin
Hits: 9499

SK Titi Gajah, Alor Setar - 8 Februari 2023 (Rabu). Satu program membina kerjasama dan jalinan kecemerlangan telah berlangsung di antara IPG Kampus Darulaman (IPGKDA) dengan SK Titi Gajah semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan SK Titi Gajah 2022/2023. IPGKDA telah di wakili oleh Pengarah, Dr Mohamad Fadzil bin Che Amat sementara SK Titi Gajah diwakili oleh Guru Besar iaitu Tn. Hj Mohamad Fauzi B.Che Bakar. Di antara objektif program adalah untuk bekerjasama dalam meningkatkan kecemerlangan organisasi dan menjana kecemerlangan dalam bidang akademik, koakademik serta hal elwal pelajar.