PENGUMUMAN

INFO KETUA JABATAN JHEP

Salam sejahtera,

PENGOPERASIAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) BAGI TAHUN 2021

Pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Merujuk kepada arahan IPGM bertarikh 20 Februari 2021, dimaklumkan bahawa pihak pengurusan IPGKDA telah memutuskan pelaksanaan pengurusan akademik pada semester ini ialah seperti berikut:

a. Aktiviti PdP akan diteruskan secara dalam talian bagi semua program pendidikan guru.
b. Semua pelajar yang terlibat dengan praktikum akan meneruskan praktikum mereka seperti yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum.
c. Semua pelajar yang terlibat dengan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) dikehendaki hadir ke sekolah sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh PBS.
d. Pelajar yang terlibat dengan aktiviti amali/ bengkel/ studio/ gimnasium/ keperluan khas infra dikehendaki menghadiri aktiviti berkenaan secara bersemuka bermula 07 Mac 2021.
e. Program internship akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
f. Pelajar yang telah berada di kampus dikehendaki kekal berada di kampus sehingga tamat pengajian semester ini (juga terus kekal di kampus sewaktu cuti pertengahan semester).
g. Pelajar PISMP Jun 2017 dan PDPP PPC Jun 2020 dikehendaki terus berada di kampus selepas tamat sesi akademik untuk mengikuti kursus-kursus di luar kurikulum seperti Program Transformasi Minda (PTM) dan lain-lain.

Dokumen arahan KPM dan IPGM sebelum ini diguna pakai sebagai rujukan bagi perkara-perkara yang tidak di terkandung dalam arahan IPGM bertarikh 20 Februari 2021.
.
Sekian, harap maklum.