Selamat Datang Pelajar Baharu PPISMP Ambilan Jun 2018

16 June, 2018 JHEP IPGKDA 0

Tahniah dan Selamat Datang ke IPG Kampus Darulaman. Urusan pendaftaran untuk pelajar baharu PPISMP ambilan Jun 2018 yang berjaya ditawarkan ke IPG Kampus Darulaman adalah seperti berikut:-   Tarikh : 26.06.2018 (Selasa) Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Besar, IPGK Darulaman, 06000 Jitra, Kedah   Calon-calon boleh membuat semakan status permohonan anda di url https://pismp.moe.gov.my/index.cfm hanya pada 13 Jun 2018 (Rabu) mulai jam 10.00 pagi. Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGK Darulaman di talian 04-9148300 / 310

Selamat Kembali ke IPGK Darulaman

16 June, 2018 JHEP IPGKDA 0

Tahniah dan Selamat kembali ke IPG Kampus Darulaman untuk pelajar PISMP ambilan Jun 2018. Urusan pendaftaran pelajar PISMP ambilan Jun 2018 adalah seperti berikut:-   Tarikh : 24.06.2018 (Ahad) Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi Tempat : Dewan Zaaba, IPGK Darulaman, 06000 Jitra, Kedah   Surat tawaran dan surat pemeriksaan kesihatan boleh dimuat turun di laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/e-pelajar Sebarang pertanyaan sila hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGK Darulaman di talian 04-9148300 / 310

Selamat Hari Raya Aidilfitri

4 June, 2018 JHEP IPGKDA 0

Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera. Semua warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPGKDA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Bagi yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasa memandu dan semoga selamat tiba ke destinasi. Kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf seandainya ada tersilap kata, terkasar bahasa, tersalah laku yang tidak disengajakan. Salam Aidilfitri 2018/ 1439H. Maaf zahir & batin.

Usrah Jerlun

6 May, 2018 JHEP IPGKDA 0

Pihak IPGKDA dengan kerjasama Komuniti Jerlun telah mengadakan pelancaran Usrah Jerlun pada 07 April 2018 (Sabtu) bersamaan dengan 20 Rejab 1439 H jam 8:00 pagi hingga 1:00 petang. Majlis yang diadakan di Masjid Haji Ismail Batu 18, Padang Perahu, Tunjang, Kedah itu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Wira Othman bin Haji Aziz, Timbalan Menteri Kewangan 1. Seramai 171 pelajar di bawah bimbingan Ustaz Mohd. Zakir bin Majid (Jabatan Pengajian Islam dan Moral) telah menghadiri majlis tersebut.

1 2 3 4