PROGRAM IFTAR SANTAI PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN IPGKDA

Program iftar santai untuk semua pelajar yang menetap di Kolej Kediaman telah diadakan pada 20 April 2022 bersamaan 18 Ramadan 1443H. Sebanyak 550 orang pelajar telah hadir bagi menjayakan program ini di Masjid An-Nur IPGKDA. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar merakamkan setinggi penghargaan kepada semua penyumbang yang bermurah hati menghulurkan sumbangan dari segi kewangan dan tenaga bagi memastikan program ini berjalan lancar.