BICARA INSPIRASI DRJ Bersama Menteri Kanan Pendidikan

Pada 4 Disember 2021 (Sabtu), Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin telah menyempurnakan Program Inspirasi DRJ bersama warga IPGKDA. Turut hadir, Datin Sri Nor Zamani binti Abdol Hamid, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Program berkenaan memberi peluang kepada para pelajar untuk berkongsi idea dan memberi pandangan mengenai cabaran dan isu semasa proses menimba ilmu di IPG.
Selain itu, beberapa perkongsian antaranya mengenai pemansuhan UPSR, konsep #SekolahKuSEJAHTERA serta cabaran dan peranan pelatih IPG dalam memperkasa sektor pendidikan bagi melahirkan generasi hebat pada masa akan datang.
Terima Kasih YBMK DRJ!