Selamat Mendaftar

Pengarah dan seluruh warga IPG Kampus Darulaman mengucapkan tahniah kepada calon-calon yang telah berjaya mengikuti pengajian Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di institut ini. Minggu Pengurusan Pendaftaran Pelajar Baharu (PPPB) akan berlangsung bermula 6 hingga 9 September 2021. Calon-calon akan mendaftar serta mengikuti sesi taklimat secara dalam talian.