LARIAN MAYA IPGKDA 2021

Jitra, 4 Mei 2021- Pada 19-26 Mac yang lalu, telah berlangsung Program Larian Maya peringkat Kebangsaan anjuran Majlis Sukan IPG Malaysia. Program ini dijalankan secara serentak di semua 28 buah IPGK seluruh negara. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kokurikulum IPGKDA telah mengurus program tersebut dengan penglibatan keseluruhan seramai 590 orang penyertaan terdiri daripada para pensyarah, staf dan pelajar. Sesi penyerahan medal dan sijil kepada pemenang dan peserta telah dijalankan pada 28 April di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

*Para pemenang dan penamat larian, sila dapatkan medal dan sijil di Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

*Pelajar yang layak mendapatkan sijil penyertaan boleh muat turun dan cetak sijil anda di pautan ini : http://ipgkda.edu.my/larianmaya