PILIHAN RAYA KAMPUS, IPG KAMPUS DARULAMAN TAHUN 2021

Pada 17 Mac 2021 yang lalu, Pilihan Raya Kampus peringkat IPG Kampus Darulaman telah berlangsung bagi memilih Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sesi 2021/2022. Pelajar menjalankan tanggungjawab untuk mengundi di kampus kecuali pelajar semester 4 & 6 yang dibenarkan mengundi secara undi pos. Ini merupakan kali pertama undi pos bagi pelajar yang mempunyai kekakangan untuk hadir membuang undi di kampus diperkenalkan. Sebanyak 94% pelajar keluar mengundi melalui 5 saluran yang disediakan. Bagi pilihan raya kampus kali ini, sebanyak 5 kerusi Ahli Mesyuarat Tertinggi dan 14 kerusi Ahli Mesyuarat Majlis dipertandingkan. .